Semenjak kehilangan suami tercinta, pastinya amat berat buat penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari melalui hari-hari penting dalam hidup beliau tanpa suami tercinta, Ashraf Sinclair.

Namun, pada hari ulang tahunnya yang ke-37 ini, beliau kelihatannya terus dihujani dengan ucapan indah dan penuh kasih sayang dari peminat, rakan seperjuangan dan keluarga mertua beliau termasuklah, Adam dan Yuna.

Love you so much and so happy to have you as a kakak!

Manakala, Yuna juga sempat memuat naik posting di laman instagram miliknya sempena hari ulangtahun BCL dengan ucapan yang singkat namun begitu manis buat seorang wanita kuat ini.

Love You, Bunga!

 

Dan ternyata, posting berkenaan mendapat perhatian dan pujian dari netizen terhadap ikatan kekeluargaan yang terjalin antara keluarga mereka.

Terdahulu, BCL telah memuat naik posting menerusi insta story miliknya sempena hari ulangtahun beliau yang ke-37 dan ini merupakan posting pertama yang dibuat oleh beliau selepas pemergian suaminya, Ashraf Sinclair pada 18 Februari yang lalu.