Pemilik nama Hun Haqeem semakin mencuri perhatian apabila lakonannya dalam siri popular Kampung People berjaya menambat hati penonton.

Walaupun lebih setahun mempertaruhkan bakatnya dalam bidang seni, Hun akui wataknya sebagai abang Jekfer ternyata memberi impak positif buat dirinya.

” Penerimaan khalayak terhadap drama itu secara tidak langsung membuka mata ramai penonton terhadap bakat saya” 

Bagi anak kelahiran Sarawak ini, watak Jekfer dalam Kampung People adalah percubaan pertama beliau dalam naskah bergenre komedi. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared u pencapaiaby Hun Haqeem (@hunhaqeem) on

” Saya anggap ini adalah satu pencapaian kerana saya tidak pandai berlawak. Tanpa bantuan pengarah, tidak mungkin saya dapat membawakan watak itu dengan baik” Katanya.
 
Tambahnya lagi, semenjak populariti beliau melonjak naik menerusi drama komedi Kampung People dan sebelum ini menerusi drama Cari Aku Di Syurga bergandingan bersama Janna Nick, Hun akui semakin teruja untuk menerokai dunia lakonan dengan lebih berani.
 
Kampung People turut dibintangi oleh Elly Mazlein, Riena Diana, Rashidi Ishak, Kamarul Eqif dan Datuk Fizz Fairuz.