Penyanyi, Tajul Ariff atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari bakal mendedahkan wajah puteri sulungnya, Adriana Carissa melalui video muzik lagu terbarunya, Ku Sayang Kau Rindu yang akan dilancarkan pada pukul 6 petang ini. 

Baca: Baru Lahir, Anak Tajul Sudah Ada Instagram Sendiri!

Perkara ini dimaklumkan oleh penyanyi itu menerusi satu entri di Instagram miliknya @tajulofficial. 

“Assalamualaikum semua, jangan lupa tau esok temujanji kita. Video muzik Ku Sayang Kau Rindu akan dilancarkan.  Kalau korang nak tengok muka @adrianacarissa_ korang kena tengok. Terima kasih,” tulis Tajul sebagai kapsyen. 

Sehingga kini, Tajul tidak pernah menunjukkan wajah Adriana Carissa yang lahir pada 16 November lalu dan sudah tentu peminat-peminat Tajul tidak sabar untuk melihat wajah anak penyanyi kesayangan mereka. 

Lebih menarik lagi, Tajul turut menampilkan isterinya, Nurul Shamieza Eddie dalam video muzik tersebut. 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2017 tetapi Tajul merahsiakan perkahwinannya selama hampir dua tahun atas permintaan keluarga, sebelum membuat pengakuan tentang statusnya Oktober lalu ketika isterinya sedang sarat mengandung. 

Baca: Bukan Saja-Saja…Tajul Sorok Status Ada Sebab

Jangan lupa jam 6 petang ini untuk menonton video muzik terbaru Tajul ok? 

Kredit Foto: Instagram @tajulofficial