Rambut cepat panjang, pastinya rambut yang tumbuh itu sihat dan bermaya juga. Ini kerana rambut merupakan sebahagian anggota badan kita dan juga mahkota seri kecantikan kita. Kalau nak rambut cepat panjang tak salah mencuba cara tradisional bukan ? Jom cuba tips yang di kongsikan

1. MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun dapat membantu melembutkan rambut kusam dan menjadi lebih berkilau seterusnya dapat membantu menyihatkan rambut dan kulit kepala.

Sapu dan ratakan pada kulit kepala dan rambut. Lebih baik kalau kulit kepala diurut supaya dapat melancarkan aliran darah pada kepala seterusnya dapat menggalakkan pertumbuhan rambut

Biarkan selama setengah atau 1 jam, kemudian bilaslah dengan air.

2. PUTIH TELUR

Putih telur mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.

Cara penggunaanya adalah ratakan pada rambut selama 15 minit dan kemudian bilas sampai bersih supaya tidak berbau.

Putih telur juga boleh dicampur dengan minyak zaitun untuk hasil yang lebih memuaskan.

3. SANTAN

Santan sering digunakan sebagai cara cepat memanjangkan rambut. Ianya juga dapat membuatkan rambut lebih bersinar.

Gunakan santan dalam 300 hingga 500 ml ke kulit kepala dan rambut secara rata.

Selepas itu, balut rambut yang telah diperap santan tadi dengan tuala hangat, kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Bilas dengan air sejuk selepas itu. Lakukan cara ini 3-4 kali dalam seminggu.

4. AIR KELAPA MUDA

Air kelapa muda kaya dengan protein, kalium serta zat besi sehingga dapat digunakan oleh warga emas sebagai bahan perawatan rambut secara semulajadi.

Ratakan air kelapa pada rambut dan biarkan semalaman untuk membantu pertumbuhan dan keteguhan rambut.

Setelah itu, cuci rambut anda dengan syampu dan bilaslah dengan air biasa. Ianya untuk mengelakkan rambut menjadi melekit.

5. MINUM AIR KOSONG SECARA RUTIN

Minumlah air kosong 8 gelas setiap hari supaya badan kita dapat dielakkan dari dehidrasi.

Ianya juga dapat mengaktifkan sel-sel dalam rambut sehingga dapat mempercepatkan proses pertumbuhan rambut.