Memetik laporan Harian Metro seramai 45 individu secara sukarela menjadi ‘tikus makmal’ dalam ujian pertama vaksin koronavirus baharu (Covid-19) di Seattle, Amerika Syarikat.

Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH) dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan individu sihat berusia antara 18 dan 55 tahun. Malah, ujian tersebut juga akan diadakan selama 6 minggu

 “Sukarelawan pertama menerima vaksin penyelidikan hari ini,” katanya.
 

Sumber : Google

Dan, ujian yang dilakukan itu dijangka akan  memakan tempoh panjang iaitu antara 12 hingga 18 bulan. Ianya mengambil jangka masa yang sedikit lama, sebelum vaksin itu sedia untuk berfungsi dengan baik dan selamat untuk manusia.

Tujuan utama ujian ini adalah untuk memastikan tiada sebarang kesan sampingan sebelum vaksin berkenaan boleh digunakan untuk ujian berskala lebih besar.

Vaksin dinamakan mRNA-1273 itu dibangunkan saintis di NIH dengan kerjasama makmal bioteknologi, Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts.

Pembiayaan vaksin itu ditanggung sepenuhnya Gabungan Inovasi Kesedaran Jangkitan (CEPI) yang berpusat di Oslo, Norway.

Sumber : Google

Sebelum ini, Menteri Luar Jerman, Heiko Maas menegaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin Covid-19 oleh firma bioteknologi Jerman bukan untuk dijual, sebaliknya akan diguna bagi melindungi penduduk dunia.

Ia berikutan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mahu negaranya membeli vaksin itu sekali gus memiliki akses eksklusif.

“Saintis berusaha mencari vaksin untuk melawan Covid-19 yang kini sudah membunuh hampir 6,000 orang di seluruh dunia. Ia menyebabkan jutaan penduduk diletakkan di bawah perintah berkurung.

“Penyelidik Jerman memainkan peranan penting dalam R&D vaksin dan kami tidak boleh membenarkan orang lain membolot hasil yang eksklusif ini,” katanya.