Satu daripada gunung berapi paling aktif yang terletak 65 kilometer di Selatan Manila dilaporkan telah mengeluarkan debu pada petang Ahad.

Situasi ini mengakibatkan penduduk dan pelancong di sekitarnya diarahkan berpindah untuk menyelamatkan diri.

Menurut Ketua Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum dimana keadaan itu memungkinkan gunung berapi Taal di Wilayah Batangas Meletus dalam tempoh beberapa hari.

Katanya kali terakhir gunung berapi Taal Meletus pada 1977. Setakat ini tiada laporan penduduk serta pelancong mengalami kecederaan atau terkandas di Kawasan perkampungan berdekatan.

Malah, penduduk yang tinggal di pulau lain berhampiran turut akan diarahkan berpindah jika situasi makin.

Sumber : Twitter, Awani