Siapa tak mahu bibir yang merah bak delima, kan? Mesti senang, tak payah susah-susah nak kenakan gincu lagi. Calitkan sedikit dengan ‘lipgloss’ saja sudah memadai. 

Warna bibir boleh menjadi gelap atau tidak cantik akibat beberapa sebab seperti kesan pancaran matahari belebihan, reaksi terhadap alahan tertentu, penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti, kesan merokok, pengambilan kafein keterlaluan, atau mungkin alasan semulajadi seperti ketidakseimbangan hormon.

Antara cara yang boleh anda cuba untuk merahkan bibir yang gelap dan kusam 

CAMPURAN LEMON DAN MADU

Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.

GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI

Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub.

Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.

LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR

Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.

Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Selain melakukan petua di atas, pastikan anda meminum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.