Boroi atau buncit !!! Ini adalah yang paling dielakkan tidak kira perempuan mahupun lelaki. Mulalah kita menjaga makanan dan juga membuat senaman tetapi masih dalam keadaan yang sama. Apa kata jom cuba cara ini manalah tahu perut tu bakal kempiskan 

Kurangkan makanan berjus, bergas atau bergula – Mengandungi banyak kalori dan bergula, Gantikan dengan air suam atau air kosong sebaiknya 8 gelas sehari 

Kurangkan makan lewat malam– Jika anda tidur selepas makan lewat malam ini diantara penyebab anda buncit dimana lebihan gula di tukar kepada lemak dan badan tidak boleh membakar lemak bila kita tidur

Tinggalkan makanan ringan – makanan ringan / junk food dan makanan segera dielakkan seeloknya. tidak baik untuk kesihatan dan membuatkan lemak berkumpul dibahagian perut jika ambil berlebihan 

Tips yang dikongsikan ini adalah diantara yang sudah mencuba dan mendapat result yang bagus, kena konsisten barulah nampak impaknya. Tak salah mencuba mungkin lepas ini lebih jelita, dan segak 

sumber :www.jomdiet.com