Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan polis kini sudah mempunyai senarai nama lengkap jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur, pada akhir bulan lalu.

Sumber : Google

“Lebih 3,800 jemaah tabligh ini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi terdiri daripada etnik Rohingya dan pendatang asing tanpa izin (PATI)

 “Mereka tidak perlu takut untuk tampil ke hospital menjalani ujian saringan, walaupun tidak mempunyai pasport dan  yang paling penting mereka dapat diselamatkan,” 
Dan, pihak PDRM dalam rangka memburu baki kira-kira 3,800 jemaah tabligh yang telah dikenal pasti di seluruh negara yang  masih belum menjalani ujian saringan Covid-19.
 

Sumber : Google

 
Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menasihatkan agar jemaah tabligh yang terlibat tampil bagi membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19 sehingga boleh meragut nyawa. Ini kerana, 14 kematian akibat Covid-19 direkod, dan daripada jumlah itu lapan daripadanya daripada kluster perhimpunan tabligh.
 
Untuk ketahui maklumat terkini mengenai isu semasa, jangan lupa untuk saksikan Buletin Utama, pada jam 8 malam hanya di TV3.