Wah, berseri-seri nampaknya Tasha Shilla..

Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkembangan pelakon Tasha Shilla. Terbaru, pelakon yang berusia 33 tahun itu kini telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli kewangan berusia 33 tahun. Jejaka pilihan Tasha Shilla dikenali dengan nama Mohamad Atiq Idris. 

Kenali hati budi selama 2 bulan, terpikat dengan personaliti Tasha yang sukakan kanak-kanak 

Walaupun hanya mengenali hati budi selama 2 bulan, pasangan merpati itu memutuskan untuk mengikat tali pertunangan kerana telah menemui keserasian antara satu sama lain. Menurut Atiq, dia terpikat dengan personaliti Tasha yang menyenangkan dan penyayang terhadap kanak-kanak. 

“Dia cinta sejati”-Tasha Shilla

Pernah dipalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, Tasha berkata dia bersyukur kerana telah menemui cinta sejati yang dicarinya selama ini. Malah, pasangan ini tidak mahu menunggu lama dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini. 

Pasangan itu mengikat tali pertunangan di sebuah lokasi di Aieraka Space, Damansara semalam. Tahniah diucapkan buat Tasha Shilla dan tunang. Tak sabar kami nak merasa nasi minyak Tasha!